Profil Syarikat

Visimenjadi syarikat pengubahsuaian dan pembinaan utama yang dipercayai dan pembekal perkhidmatan urusan pinjaman perumahan kerajaan bagi pengubahsuaian dan pembinaan di setiap sudut Malaysia.
 
 
Misiuntuk memastikan pelanggan kami mendapat kualiti yang terbaik dalam pengubahsuaian dan pembinaan serta perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam urusan pinjaman perumahan kerajaan supaya kepuasan pelanggan terjamin.


Latar Belakang Syarikat

T&T Concept Design Construction yang telah ditubuhkan pada September 2010 beralamat di Jalan S2 G11, Garden Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Ia merupakan sebuah syarikat pengubahsuaian dan pembinaan yang berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai sebuah syarikat yang juga menjalankan perkhidmatan menguruskan pinjaman perumahan kerajaan untuk kakitangan kerajaan melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Aktiviti utama perniagaan syarikat ini adalah kontraktor kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan rumah bagi kakitangan kerajaan melalui pinjaman perumahan kerajaan.
 
Syarikat ini diuruskan sepenuhnya oleh Encik Y K Tan selaku pengarah syarikat dan dibantu beberapa kakitangan yang berpengalaman luas serta berkebolehan dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman perumahan kerajaan supaya dapat melaksanakan kerja-kerja dengan lebih berkualiti dan pantas. Selain itu syarikat mempunyai tenaga pekerja yang mahir serta terlatih dalam menjalankan kerja-kerja di tapak bina. Dengan kemampuan dan pengalaman sedia ada, Syarikat ini mampu untuk mengendalikan dan menguruskan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan sebagaimana tempoh yang telah ditetapkan dengan memberi keutamaan kepada mutu kerja yang terbaik.
 
Matlamat syarikat adalah untuk memberi kepuasan pelanggan dalam kualiti kerja dalam pengubahsuaian dan pembinaan pada harga yang bersesuaian disamping memastikan bahawa projek yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dan diselesaikan pada tahap yang terbaik serta memenuhi kehendak pelanggan. Syarikat ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi syarikat ke taraf yang lebih membanggakan agar syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mencapai Visi dan Misi syarikat.